Thursday, March 26, 2009

Assalamualaikum w.b.t....
Selamat Datang ke laman TelekungKita @ myTelekung yang saya binakan khas untuk tatapan wanita-wanita muslim seperti saya yang ingin mencari pembaharuan dari segi pemakaian telekung..

Saya mempunyai saiz badan yang besar dan saya memang selalu mengalami masalah kain telekung yang singkat adakalanya mudah nampak kaki..saya terpaksa letak kainnya di punggung supaya kain tu cukup labuhnya..

Kalau bahagian muka pula saya selalu bermasalah rambut terkeluar di tepi pipi..Kita terpaksa pakai serkup di dalam untuk mengelakkan rambut itu terkeluar..mesti ramai yang lain mengalami masalah yang sama..tahukah anda bahawa kerana rambut yang terkeluar itu boleh menyebabkan solat kita tak sah..begitu lah hukumnya..

TelekungKita sangat cantik dan kemas jahitannya..disebabkan TelekungKita dijahit sendiri..tentunya kain yang digunakan dan jahitannya pula adalah yang terbaik,,saya sangat tertarik..kemudian TelekungKita itu telah dijahit dan dikembangkan menjadi satu perusahaan yang berkembang pesat kini..ramai tukang jahit yang turut sama menjahit TelekungKita dan turut mendapat peluang menambah sumber rezeki..Alhamdulilah saya juga kini salah seorang pengedar TelekungKita.
Usaha yang sedang saya lakukan pertama sekali untuk membuka peluang kepada semua muslimah di Malaysia bahawa wujudnya produk TelekungKita yang dijahit sendiri dengan teliti oleh tukang jahit muslimah yang mahir dan berpengalaman..

Jika kita asyik membeli telekung dari keluaran negara luar siapakah lagi yang hendak membeli produk buatan orang kita sendiri..Oleh itu saya ingin menyediakan alternatif ini untuk muslimah Malaysia membeli TelekungKita.

KEISTIMEWAAN TELEKUNGKITA


Apa yang anda lihat di sebelah ini adalah model sebenar yang memakai TelekungKita..Lihat pada permukaan jahitan di bahagian dahi model itu..Jahitan SMOCKING yang dijahit dengan teliti dan kemas yang melekap terus pada dahi si pemakai..Tukang jahit mengambil masa yang lama untuk mengkaji dan mencari idea untuk menghasilkan jahitan tersebut yang akhirnya membuatkan ramai muslimah berkata inilah yang paling selesa dipakai dan menjadi tarikan bagi TelekungKita..

Lihat juga pada bahagian pipi dan dagu model berkenaan, terdapat jahitan yang berlapis di setiap lipatan untuk mendapatkan keadaan kain yang selesa untuk si pemakai. Kemas dan teliti setiap jahitan membuatkan bahagian muka terasa melekap pada muka TelekungKita..Anda semestinya tak perlu lagi memakai serkup dalam untuk mengelakkan rambut dari terkeluar di celah-celah bahagian tepi pipi..

Untuk sesiapa yang ringkas dan cepat memang mudah memakai TelekungKita kerana anda hanya perlu masukkan muka anda dan terus ikat di belakang dengan tali yang tersedia..Tali tersebut juga dijahit dan disediakan panjang untuk keselesaan anda mengikat reben seperti yang anda inginkan..tak perlu lagi terikat seperti telekung-telekung yang ada di pasaran sekarang yang menggunakan getah yang kadang kala seperti menjerut kepala si pemakai..Saya tahu kerana saya sering mengalami masalah itu dan saya sendiri terpaksa menggantikan getah itu kepada tali reben saya sendiri..






Inovasi Ikatan Kain TelekungKita

TelekungKita melakukan pembaharuan dari segi mengikat kain telekung..Kain dijahit untuk dijadikan tali diletak di bahagian belakang pinggang untuk dibawa ke hadapan untuk diikat reben..tali tersebut adalah panjang dan boleh diikat mengikut kepada saiz pinggang pemakai..Semua saiz pinggang adalah sesuai dengan jenis ikatan ini termasuklah ibu-ibu yang sedang sarat mengandung.










Koleksi Telekung

TelekungKita menyediakan pelbagai jenis koleksi kain yang bermutu tinggi. Antaranya adalah jenis kain cotton yang bermutu tinggi. Sebelum membeli TelekungKita pelanggan haruslah memastikan saiz muka yang sesuai kerana TelekungKita mementingkan keselesaan di bahagian muka pemakai.


Saiz lilit muka


Dewasa

S - 18.5 inci

M - 19.5 inci

L - 20 - 20.5 inci

XL - perlu dispesifikasikan ukuran telekung, kain dan muka kerana setiap tambahan akan dikira mengikut tambahan.


Kanak-kanak – RM 35.00 dan ke atas

Peringkat Tadika berusia 5 tahun dan ke bawah

S - 7, 8, 9 tahun

M - 10, 11, 12 tahun


Jenis – jenis kain yang boleh dipilih:

Kain Cotton Sulam Bunga Putih Q2 - RM 70.00

Kain Cotton Sulam Bunga Warna Q2 - RM 72.00

Kain Cotton Sulam Bunga Putih Q1 - RM 75.00

Kain Cotton Sulam Bunga Warna Q1 - RM 77.00



Lapik labuh bagi dalam telekung boleh dibuat dengan tambahan RM 6.00


Saya juga menjual telekung sahaja tanpa kain. Harga akan dikurangkan mengikut jenis kain yang dipilih.


**KOS PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA UNTUK PASARAN MALAYSIA SAHAJA.


Bagi sesiapa yang ingin menjadi pengedar akan diberi harga istimewa bagi pesanan minimum 5 pasang TelekungKita. Pengedar adalah amat dialu-alukan.


p/s Harga TelekungKita yang saya nyatakan ini adalah berpatutan jika hendak dibandingkan dengan mutu jahitan TelekungKita.


p/p/s Saya juga menerima tempahan bagi persatuan-persatuan wanita, jawatankuasa masjid dan kelab- kelab khas yang inginkan telekung khas yang seragam. Harga istimewa akan diberikan.


~~Jika ingin bertanya mengenai jenis dan warna kain sila nyatakan di shoutbox. Terima kasih..



SEGALA PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI SAYA MELALUI SMS ATAU TELEFON : 012 – 7438781 (NURULHUDA)